Revalina S. Temat atau nama penuhnya Revalina binti Sayuthi Temat merupakan seorang aktress remaja yang cukup dikenali di Indonesia. Revalina atau nama manjanya Reva dilahirkan pada 26 November 1985, anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Anak kepada pasangan Sayuthi Temat dan Rachmaniar ini memulakan kerjayanya menerusi Gadis Sampul dari Majalah Gadis pada tahun 1998. Ketika itu usianya baru menjangkau 13 tahun.
Biodata
Nama : Revalina Binti Sayuthi Temat
Nama Panggilan : Revalina S. Temat
Tanggal Lahir : 26 November 1985
Tempat Lahir : Jakarta, Indonesia
Status : Anak ketiga daripada empat beradik
Nama Bapak : Sayuthi Temat
Nama Ibu : Rachmaniar
Agama : Islam
Revalina juga merupakan seorang gadis yang amat periang dikalangan keluarga dan juga rakan-rakan serta peminat-peminatnya malahan pernah beliau bergurau apabila ditanya mengenai penglibatannya sebagai seorang artis. Antara kata-katanya ialah; "Jadi model dong! Kerjanya sebentar, hasilnya lumayan. Apalagi kalau jadi model iklan teve, wuiih, bisa dapat uang sekarung tapi … uang logam semuanya.
No comments:
Post a Comment